KUCHING: Sejumlah 248 mangsa banjir kilat di Sarawak masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 63 Ketua Isi Rumah (KIR).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi dan PPS Dewan Masyarakat Stapok.
Berdasarkan laporan sama kesemua mangsa bencana banjir kilat tersebut didaftarkan di daerah Kuching melibatkan penempatan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa.
Setakat ini beberapa penduduk dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing bagi meneruskan aktiviti pembersihan kawasan kediaman selepas kawasan terjejas diiktiraf selamat oleh pihak berkuasa.
Sementara itu Laporan Pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak turut dilaksanakan melibatkan 35 lokasi di tujuh bahagian iaitu Kuching, Samarahan Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang.
Kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mendedahkan berdasarkan analisis model-model cuaca, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 23 Mac 2023.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Mar 19 2023

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sempat melawat mangsa banjir kilat ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Stapok yang menempatkan 100 mangsa. - Astro AWANI

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

10 Berita Pilihan - (27 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sarawak sedia bekalkan tenaga kepada Brunei
Kerajaan Sarawak bersedia membekalkan tenaga kepada Brunei bagi bantu negara itu mencapai sepuluh peratus penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui.

Pentadbiran kerajaan Melaka bakal berubah - Zahid
Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bakal selewat-lewatnya Jun ini ekoran kerajaan negeri belum membentuk kerajaan madani seperti di peringkat Pusat.

RUU kesalahan seksual kanak-kanak 2023 dibentang
Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan perlindungan menyeluruh kepada golongan itu.

Zahid hargai dapat laksana tugas rasmi di luar negara
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memulangkan semula pasport sekali gus membolehkan beliau melaksanakan tugas rasmi di peringkat antarabangsa.

Lori tangki minyak terbakar
Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang di Bachok, Kelantan pada Isnin.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.

Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Banjir Kilat: 248 mangsa masih berlindung di dua PPS di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi dan PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Hujan lebat lebih 2 jam, beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Kuching dan Siburan mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam bermula jam 6 pagi tadi.

Banjir kilat: 17 penduduk Kampung Larut Ulu ditempatkan di PPS
Seramai 17 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Larut Ulu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Air Kuning malam tadi susulan banjir kilat.

Risiko banjir kilat di Johor, Sarawak dalam tempoh 12 jam - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Johor dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

Banjir Sarawak: 16 pelajar SPM dibantu pihak bomba ke dewan peperiksaan
Seramai 16 pelajar tingkatan lima dari SMK Lake, Bau hadir menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dibantu pasukan bomba selepas kampung mereka terputus akibat banjir kilat.

Banjir kilat: Beberapa kawasan di daerah Batang Padang dinaiki air
Hujan lebat lebih dua jam sejak kira-kira pukul 4 petang menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Batang Padang dilanda banjir kilat.

Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir
Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi.

Banjir: Bilangan mangsa di PPS SK Relau meningkat
Paras air meningkat sehingga mencecah 0.5 meter menyebabkan kesemua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS berkenaan.