Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke PPS di Beruas

Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Beruas.

Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Beruas. - Foto JBPM | Astro Awani
Seramai 27 penduduk dari lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka di Taman Anggerik, Pantai Remis dekat sini dilanda banjir kilat malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Beruas.

Katanya, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.15 malam tadi.

“Anggota membuat pemantauan secara berkala dan setelah PPS dibuka, kesemua mangsa bergerak dengan kenderaan sendiri ke lokasi pemindahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hujan telah berhenti dan setakat pagi ini, kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS berkenaan.