awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/10/2020
03:25 MYT
Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan
Mangsa banjir kilat Kampung Nah Mah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Tradisi di Changlun untuk keselamatan mereka. - Astro AWANI
KUBANG PASU:Anggota bomba memindahkan 27 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Nah Mah ke Dewan Orang Ramai Kampung Tradisi di Changlun selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.04 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jamal Din tiba di lokasi jam 11.16 malam.
Setibanya di lokasi, didapati kawasan itu dinaiki air melebihi 0.3 meter dan memasuki lima rumah kediaman di situ.
Mangsa terdiri daripada empat lelaki, lima wanita dan 18 kanak-kanak dipindahkan ke dewan berkenaan untuk keselamatan mereka.
Mohamadul Ehsan berkata, anggotanya juga melakukan pemantauan untuk memastikan tiada mangsa yang terkandas di kawasan itu.
Beliau berkata, aset yang digunakan dalam operasi itu termasuk dua jentera dari BBP Bukit Kayu Hitam dan sebuah lori dari BBP Jitra.
Operasi disertai seramai 10 anggota daripada BBP Bukit Kayu Hitam.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir kilat
#mangsa
#pindah
#pusat pemindahan
#bomba
#Kubang Pasu
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#Kampung Nah Mah
#Changlun
#rumah dinaiki air
#BBP Bukit Kayu Hitam
#BBP Jitra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan