MALAYSIA

Banjir kilat: 47 penduduk Tanjung Malim dipindahkan

Abd Razak Mohd Ali 11/06/2019 | 14:06 MYT
Beberapa pegawai dan anggota daripada agensi berkaitan memantau perkembangan banjir dari semasa ke semasa. - Foto ihsan APM
Seramai 47 penduduk daripada 14 keluarga terpaksa dipindahkan malam ini apabila rumah mereka di Kampung Klah Baru, dekat sini, dilanda banjir kilat.

Menurut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang, mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan MPKK kampung tersebut pada 9 malam.

Mangsa terdiri daripada 16 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa dan masing-masing enam kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Paras air kira-kira satu meter dan cuaca mendung ketika ini,” kata sekretariat itu.

Foto ihsan APM


Menurutnya, kenaikan paras air adalah disebabkan taburan hujan yang lebat.

Seramai 20 pegawai dan anggota daripada beberapa agensi sedang memantau perkembangan banjir itu dari semasa ke semasa.

Foto ihsan APM






#air #banjir #mangsa #pusat pemindahan #Tanjung Malim