BENTONG: Keadaan banjir kilat di beberapa perkampungan di Janda Baik sejak awal pagi tadi dilihat beransur pulih apabila paras air semakin surut mulai jam 7.00 pagi tadi.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan anggota yang melakukan pemantauan di kawasan terbabit melaporkan keadaan itu, namun terdapat penambahan jumlah mangsa yang berpindah.
Difahamkan, sehingga jam 11 pagi tadi, jumlah mangsa yang terlibat dengan banjir kilat ini meningkat kepada 140 keluarga membabitkan 450 orang mangsa.
Dalam pada itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bentong, Ahmad Hafizi Che Daud berkata, penambahan mangsa di empat kampung terlibat tidak membabitkan sebarang pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS).
"Tiada PPS dibuka, dan tiada kecederaan dilaporkan. Anggaran kerugian keseluruhan masih belum ada dan ia mungkin akan mengambil masa antara satu atau dua minggu untuk dikenal pasti," katanya.
Antara kampung terjejas teruk termasuk Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap, Kampung Chemperoh dan Kampung Cheringin.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan laporan bencana yang dikeluarkan pihak Roadcare (M) Sdn. Bhd, Jalan Kuala Lumpur - Bentong (lama) terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan bagi kerja-kerja pembersihan.
"Lokasi jalan yang ditutup itu adalah 100 meter ke simpang Janda Baik, namun pengguna boleh menggunakan jalan alternatif di laluan E8 Lebuhraya KL-Karak.
"Juga terdapat tanah runtuh akibat hakisan di sebelah LHS. Culvert telah tersumbat di sebelah inlet dengan sisa pokok dan batu. Terdapat batu-batu melimpahi jalan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerja pemasangan TCP dilakukan oleh pihak Roadcare bagi memberi amaran kepada pengguna, selain kerja pembersih sedang giat dijalankan.
Azee Shafy
Wed May 11 2022

Jalan Kuala Lumpur - Bentong (lama) terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan bagi kerja-kerja pembersihan. - Foto Roadcare

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Banjir kilat: Lapan kampung di daerah Sik terjejas
Sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan kesemua mangsa yang terjejas berpindah sementara ke rumah saudara-mara dan jiran.

Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba
Kawasan terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.

Hujan lebat cetus banjir kilat di beberapa kawasan di Ipoh
Hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh mengalami banjir kilat.

Hujan lebat akibatkan banjir kilat, pokok tumbang
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.10 petang melibatkan sebuah rumah susulan hujan lebat dan saliran longkang tersumbat sekali gus mengakibatkan banjir kilat.

Banjir kilat landa beberapa lokasi di Maran
Antara lokasi yang terjejas akibat banjir kilat ialah di sekitar bandar Maran dan Kampung Orang Asli Batu 55.

Banjir kilat: Penduduk rayu selesaikan segera isu perparitan
Penduduk merayu pihak berwajib menyelesaikan segera isu perparitan yang menyebabkan kediaman mereka sering dilanda banjir kilat.

Guna kaedah Jepun atasi banjir kilat di KL
Penggunaan sistem amaran awal yang digunakan di Jepun juga akan dijadikan sebagai panduan untuk pihak DBKL.

Banjir kilat di Gurun, 54 keluarga terjejas
Bomba menerima laporan air memasuki rumah penduduk kira-kira jam 4.20 pagi.

Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB
Mangsa yang berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.