awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Jelebu jejas 65 mangsa dari tiga kampung

Bernama
Bernama
03/04/2025
06:30 MYT
Banjir kilat di Jelebu jejas 65 mangsa dari tiga kampung
Kejadian antara 12.40 tengah malam hingga 7.49 pagi itu membabitkan Kampung Juntai, Kampung Lakai dan Kampung Jerang. - Foto JKR Jelebu
SEREMBAN: Seramai 65 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat membabitkan tiga perkampungan di Jelebu sejak tengah malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kejadian antara 12.40 tengah malam hingga 7.49 pagi itu membabitkan Kampung Juntai, Kampung Lakai dan Kampung Jerang.
Beliau berkata pihaknya telah memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat namun tiada pusat pemindahan sementara rasmi dibuka.
"Cuaca ketika ini tidak hujan namun agak gelap, ketiga-tiga kampung ini berada di kawasan yang rendah dan berdekatan sungai menyebabkan ia cepat dinaiki air," katanya kepada Bernama.
Mohd Najib juga berkata tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir kilat itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Jelebu
#pusat pemindahan
#pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan