awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Klang: Operasi KTMB terjejas

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2025
23:50 MYT
Banjir kilat di Klang: Operasi KTMB terjejas
Bas perantara disediakan bagi penumpang KTM Komuter yang ingin meneruskan perjalanan ke Stesen Subang Jaya. - Foto KTMB
KUALA LUMPUR: Operasi KTM Komuter Lembah Klang terganggu susulan banjir kilat yang melanda Klang khususnya laluan Pelabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, banjir kilat antara Stesen Batu Tiga dan Stesen Subang Jaya berlaku akibat hujan lebat yang berterusan pagi ini.
"Perkhidmatan KTM Komuter dari Pelabuhan Klang akan tamat di Stesen Batu Tiga.
"Penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Stesen Subang Jaya akan diaturkan menaiki bas perantara.
"Perkhidmatan KTM Komuter diteruskan dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Tanjung Malim," kata KTMB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial.
KTMB turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna.
Perkembangan terkini operasi perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, tambahnya.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#KTM Komuter
#Stesen Batu tiga
#Stesen Subang Jaya
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan