GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang berharap pihak berkuasa berkaitan lapangan terbang, akan mencari penyelesaian terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dilanda banjir kilat awal pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan.
"LTAPP ialah imej hospitaliti dan tanggapan pertama kepada dunia, jadi sungguh memalukan melihat banjir di lapangan terbang itu dan ia pasti akan menjejaskan usaha saya untuk mempromosikan Pulau Pinang dan melemahkan imej negeri ini.
"Saya telah bekerja keras dan mempunyai begitu banyak rancangan untuk membawa lebih banyak acara antarabangsa utama ke negeri ini dan lebih banyak penerbangan terus serta lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.
BACA: Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air
Beliau berharap pihak berkuasa yang berkaitan seperti Malaysia Airport, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dapat membincangkan dan bekerjasama untuk penyelesaian jangka panjang.
Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan. - Gambar fail

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac - Zahid
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis
Padah bergurau membawa bom dalam beg, seorang wanita warganegara asing ditahan Polis Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Khamis.

LTAPP: Guan Eng dakwa Ka Siong tidak bercakap benar
Lim Guan Eng mendakwa Wee Ka Siong tidak bercakap benar mengenai peruntukan yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan berhubung isu pembesaran dan menaik taraf LTAPP.

Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco
Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan.

Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air
Perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi Sabtu.

VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.

P.Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia
Dengan menjadikan LTAPP sebagai sebahagian daripada VTL juga membantu menyediakan jaringan perniagaan serta kemudahan yang lebih baik kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ketua Menteri P. Pinang sedia jadi individu pertama terima vaksin COVID-19 di negeri itu
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjadi individu pertama di negeri itu yang bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dijadualkan bermula minggu depan.

Kerajaan lulus pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
Ia berikutan LTAPP ketika ini hanya memiliki landasan tunggal yang hanya mampu menampung penumpang maksimum 12 juta setahun.

COVID-19: Projek pembesaran LTAPP mungkin ditangguh - Chow
Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dijadual bermula pada Jun ini berkemungkinan ditangguh susulan penularan pandemik COVID-19.

Lelaki warganegara China pakai bengkung untuk seludup dadah
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama enam ketulan mampat dadah seberat 2313 gram bernilai RM215,0000 pada Sabtu lepas.