awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di LPT 2 akibat limpahan air cerun

Bernama
Bernama
18/12/2022
06:42 MYT
Banjir kilat di LPT 2 akibat limpahan air cerun
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan. - Foto ihsan pembaca
KUALA BERANG: Kejadian banjir kilat berlaku di Kilometer (km) 393 Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari arah Ajil ke Kuantan, yang tular di media sosial pagi tadi surut sepenuhnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan atau kejadian tidak diingini berlaku disebabkan insiden tersebut dan jalan di kedua-dua arah masih boleh dilalui kenderaan seperti biasa.
"Air limpahan telah pun surut sekitar 12.30 tengah hari tadi. Tiada penutupan jalan dan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan di kedua-dua arah," katanya dalam kenyataan hari ini.
[TERKINI] Banjir lumpur di KM393 LPT arah selatan
Menurut Hasmira, ketika ini pihak pengurusan LPT 2 sedang menjalankan kerja-kerja penilaian dan pemantauan di lokasi kejadian.
Dalam video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial, menunjukkan limpahan air yang turun daripada cerun berdekatan LPT 2 memenuhi laluan lebuh raya tersebut namun kenderaan masih boleh melepasi kawasan Ajil.
Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan telah memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#LPT 2
#Polis Hulu Terengganu
#ajil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan