awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelawat Turkiye ke Malaysia meningkat 31.8 peratus tahun lalu
Pejalan kaki maut dirempuh motosikal
Feyenoord sambar khidmat pemain berdarah Belanda-Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Lunas, sebuah PPS dibuka

Bernama
Bernama
17/10/2025
14:30 MYT
Banjir kilat di Lunas, sebuah PPS dibuka
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kampung Belakang Taman Sang Kancil, Lunas dekat sini pada 8.30 malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir kilat dari kawasan sekitar. - Gambar fail/APM
KULIM: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kampung Belakang Taman Sang Kancil, Lunas dekat sini pada 8.30 malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir kilat dari kawasan sekitar.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata hujan berterusan bermula pukul 5 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air.
"Maklumat awal yang diterima melaporkan banjir kilat berlaku di Kampung Padang Tembak, Taman Seri Kulim, Kampung Seri Kulim, Kampung Taman Kancil dan Kampung Padang Limau.
"Satu PPS dibuka pada 8.30 malam tadi di Kampung Belakang Taman Sang Kancil... bagaimanapun paras air menunjukkan penurunan, malah ada kawasan air telah surut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan belum diperoleh kerana proses pemindahan mangsa dan pengumpulan data sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Lunas
#pusat pemindahan sementara PPS
#Kampung Belakang Taman Sang Kancil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan