NATIONAL

Banjir kilat di sekitar pusat bandar KL

Astro Awani 17/11/2020 | 10:53 MYT
Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Khamis.
KUALA LUMPUR:Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Selasa.

Menurut ciapan di akaun Twitter rasmi Astro Radio Traffic @astrotraffic, keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.

Keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut.

Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela dan Jalan Parlimen.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di Lebuhraya DUKE, seorang pengguna media sosial memuat naik video yang menunjukkan lebuh raya tersebut dinaiki air.

Berikutan keadaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati.

#banjir kilat #Kuala Lumpur #hujan lebat #DUKE #Jalan Parlimen