awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Dua PPS di Kulim ditutup

Bernama
Bernama
19/10/2025
10:00 MYT
Banjir kilat: Dua PPS di Kulim ditutup
PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok, Sungai Ular dan PPS Surau Taman Sang Kancil, Lunas yang menempatkan 158 mangsa daripada 45 keluarga ditutup serentak 2 petang tadi. - Gambar hiasan/Bernama
KULIM: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir kilat sejak Jumaat, ditutup sepenuhnya hari ini.

Ringkasan AI
  • Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kulim ditutup sepenuhnya selepas menempatkan 158 mangsa banjir kilat daripada 45 keluarga sejak Jumaat lalu.
  • Pegawai APM menasihatkan penduduk agar terus berwaspada memandangkan cuaca masih tidak menentu dan segera berpindah ke PPS jika diarahkan pihak berkuasa.
  • Orang awam yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kulim di talian 04-4903746 atau talian kecemasan 999.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok, Sungai Ular dan PPS Surau Taman Sang Kancil, Lunas yang menempatkan 158 mangsa daripada 45 keluarga ditutup serentak 2 petang tadi.
"Keadaan cuaca ketika ini masih tidak menentu dan penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa untuk segera berpindah ke PPS," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata orang awam yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kulim di talian 04-4903746 atau talian kecemasan 999.
Media sebelum ini melaporkan penduduk di Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok di daerah ini dipindahkan ke PPS berkenaan pada Sabtu selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat bermula petang Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Kulim
#pusat pemindahan
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan