awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat Jelebu: 80 mangsa terjejas, air semakin surut

Bernama
Bernama
04/04/2025
04:15 MYT
Banjir kilat Jelebu: 80 mangsa terjejas, air semakin surut
Ketiga-tiga kampung terbabit terletak di kawasan rendah dan berhampiran sungai, menyebabkan ia mudah dinaiki air. - Gambar fail/JKR Jelebu
SEREMBAN: Seramai 80 mangsa daripada 16 keluarga terjejas banjir kilat berbanding 65 mangsa daripada 13 keluarga yang dilaporkan semalam, membabitkan tiga perkampungan di Jelebu, setakat 10 pagi ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata banjir itu membabitkan Kampung Juntai, Kampung Lakai dan Kampung Jerang.
"Air semakin surut, namun paras sungai masih belum kembali normal dan penduduk perlu berwaspada. Cuaca juga mendung. Pagi ini, pasukan pascabanjir akan memberi tumpuan di Kampung Lakai.
"Ketiga-tiga kampung ini terletak di kawasan rendah dan berhampiran sungai, menyebabkan ia mudah dinaiki air," katanya kepada Bernama.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kemusnahan harta benda yang serius dilaporkan akibat banjir kilat itu, dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Jelebu
#Pertahanan Awam Daerah Jelebu
#dinaiki air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan