BENTONG: Bandar Bentong dan beberapa buah kampung berdekatan dilapor berada dalam keadaan terkawal selepas air mula surut sejak tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, cuaca dilaporkan baik pada pagi ini, dan kebanyakan kawasan yang dilanda banjir kilat mulai surut.

"Air telah mulai surut di beberapa kawasan. Bagaimanapun, anggota Bomba akan tetap meneruskan pemantauan bagi memastikan keadaan betul-betul selamat.

"Malam tadi, anggota bergerak bagi usaha menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sebanyak 22 keluarga di sekitar Kampung Kemansur, Kampung Benus dan Kampung Chegar Medang," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Katanya, berikutan hujan lebat sejak jam 5 petang semalam, sepanjang 8 kilometer membabitkan lima kampung dilimpahi air sungai.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.