Banjir kilat landa beberapa lokasi di Maran

Sinar Harian
Jun 12, 2022 00:15 MYT
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Maran membuat pemantauan di lokasi yang terlibat akibat banjir kilat pada Sabtu. Keadaan banjir kilat yang telah surut sepenuhnya selepas hujan lebat beberapa jam pada Sabtu. - Foto APM
MARAN: Hujan lebat berterusan beberapa jam pada petang Sabtu telah menyebabkan beberapa lokasi di daerah ini dilanda banjir kilat.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Maran dalam satu kenyataan memaklumkan antara lokasi yang terjejas akibat banjir kilat ialah di sekitar bandar Maran dan Kampung Orang Asli Batu 55.
Menurutnya, berdasarkan makluman awal sebanyak lapan rumah di kampung terbabit dinaiki air dan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang.
"Agensi penyelamat daerah Maran sedang membuat pemantauan dan mendapatkan maklumat kawasan serta bilangan rumah serta mangsa terjejas," katanya.
Begitupun, difahamkan air di lokasi yang terjejas telah surut sepenuhnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#banjir kilat #APM #hujan lebat #mangsa