awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat landa Padang Sanai, 22 mangsa dipindahkan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/10/2022
22:00 MYT
Banjir kilat landa Padang Sanai, 22 mangsa dipindahkan
Hujan lebat lebih satu jam pada lewat petang Jumaat telah mengakibatkan kawasan Padang Sanai dilanda banjir kilat. -Foto ihsan pejabat ADUN
PADANG TERAP: Hujan lebat lebih satu jam pada lewat petang Jumaat telah mengakibatkan kawasan Padang Sanai di sini dilanda banjir kilat.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Munir Mohamad Yusoff, seramai 22 mangsa dipindahkan berikutan rumah mereka dinaiki air.
Katanya, semua mangsa dipindah sementara di Dewan Kampung Baru, Padang Sanai sekitar jam 11 malam tadi.
Menurutnya, kerja pemindahan mangsa dilakukan agensi terlibat antaranya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Nerang.
Munir sebelum itu meninjau kawasan banjir di Kampung Baru malam tadi.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko berlaku banjir membuat persediaan awal dan segera berpindah sekiranya diminta berbuat demikian.
Topic Berkaitan
#banjir
#Padang Sanai
#ADUN Kuala Nerang
#Munir Mohamad Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan