awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat Lembah Klang: KWP, DBKL cari penyelesaian berkesan

Bernama
Bernama
07/03/2022
13:15 MYT
Banjir kilat Lembah Klang: KWP, DBKL cari penyelesaian berkesan
Jalaluddin berkata kementerian itu memandang serius isu berkenaan yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di ibu kota hari ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kementerian itu memandang serius isu berkenaan yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam hingga ada kenderaan ditenggelami air.
"Walaupun ia berlaku dalam keadaan yang cukup pantas, pada saya ia bukan alasan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Justeru, kita akan melakukan perbincangan lanjut bersama DBKL bagi mencari penyelesaian terbaik bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
"Pada masa sama, saya akan menjawab berkaitan isu ini di Dewan Rakyat dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Banjir Kilat | Persiapan dan bantuan digerakkan akibat banjir kilat Kuala Lumpur
Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan banjir kilat itu menyebabkan beberapa laluan terjejas antaranya di Besraya Expressway melibatkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan dari Kampung Malaysia ke Kuchai.
Banjir kilat juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART melibatkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.
Selain itu, puluhan kenderaan yang diletakkan di parkir terbuka sekitar ibu negara turut ditenggelami banjir kilat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Lembah Klang
#DBKL
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#jalaluddin alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan