NATIONAL
Banjir kilat Melaka: Seorang anggota bomba pengsan dihanyut arus deras
Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras. - Foto JBPM
AYER KEROH: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihanyut arus deras ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang memasang tali di kawasan banjir berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar daripada kediaman masing-masing.
Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras.
Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.
Banjir | Seorang anggota bomba dihanyutkan arus deras