awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Pasti dinaiki air, 40 murid terperangkap diselamatkan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/09/2023
05:37 MYT
Banjir kilat: Pasti dinaiki air, 40 murid terperangkap diselamatkan
Semua murid terdiri daripada 25 kanak-kanak lelaki dan perempuan (15) serta guru (tiga) berjaya dibawa keluar menaiki pacuan empat roda (4WD). - Gambar/ JBPM
TELUK KUMBAR: Seramai 40 murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Darul Ulum, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, di sini terperangkap dalam kejadian banjir kilat pada Isnin.
Bagaimanapun jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, kesemua mereka terdiri daripada 25 kanak-kanak lelaki dan perempuan (15) serta guru (tiga) berjaya dibawa keluar menaiki pacuan empat roda (4WD).
Menurutnya, JBPM menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10 pagi.
"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bersama jentera EMRS bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat," katanya di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, banjir kilat di kawasan itu berlaku susulan hujan berterusan selama kira-kira empat jam bermula jam 7 pagi.
"Limpahan air dari parit berdekatan menyebabkan air naik ke kawasan Pasti dan ke atas jalan raya serta rumah separas 0.6 meter," katanya.
Katanya, setakat ini, hujan sudah berhenti dan keadaan selamat serta terkawal.
Bagaimanapun katanya, pihak bomba masih melakukan pemantauan dari semasa ke semasa berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.
Topic Berkaitan
#Banjir Pulau Pinang
#murid Pasti
#murid terperangkap
#teluk kumbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan