JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Laut Batu 10, Skudai, di sini, berharap kerja pendalaman Sungai Skudai dapat disegerakan bagi menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan itu.
Zulkifli Mat Ahwan, 43, berkata banjir kilat sering berlaku di kawasan itu sekurang-kurangnya dua kali setahun akibat paras sungai yang meningkat dengan cepat apabila hujan lebat.
Menurut Zulkifli yang tinggal di kampung itu sejak lahir, kejadian semalam misalnya, menyebabkan rumahnya dinaiki air kira-kira dua meter selain barangan elektrik dan sofa rosak namun bernasib baik sempat mengalihkan kenderaan miliknya ke kawasan tinggi.
"Kalau sungai ini didalamkan mungkin kurang sikit (impak) banjir kepada penduduk sekitar. Seingat saya kali terakhir kerja pendalaman sungai adalah sekitar 90-an.
"Jadi, kalau boleh harap sangat kerja pendalaman sungai dapat dibuat," katanya yang memiliki dua anak ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Wahid, 75, yang menetap di kampung itu sejak 70-an pula berkata dia sudah lali dengan kejadian banjir kilat itu.
"Dari tahun 2000 hingga sekarang... tiap tahun banjir, sudah biasa cuma saya harap kalau boleh kerajaan bantu untuk generasi akan datang," katanya.
Mohamad Ibrahim Sujimun, 27, pula berkata kejadian menyebabkan lantai bilik stor yang menempatkan kesemua barangan yang diselamatkan akibat banjir itu, roboh, selain empat kenderaan milik keluarganya dimasuki air.
"Dua kereta dan dua motosikal, semuanya habis ditenggelami air akibat banjir kilat semalam. Selain itu, pelbagai dokumen dan barangan rumah musnah," katanya dan menambah sebahagian struktur rumahnya turut musnah.
Hujan lebat selama dua jam bermula kira-kira 3 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air, sebelum surut sepenuhnya 10 malam tadi.
Setakat 12 tengah hari tadi, mangsa banjir kilat di daerah ini berkurangan kepada 76 orang berbanding 86 orang 8 pagi tadi dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan penduduk dari Kampung Laut Batu 10, Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau, dan Kampung Kenangan, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Keadaan sekitar Kampung Laut Batu 10, Skudai selepas dinaiki air sehingga lebih satu meter akibat banjir kilat pada 20 Ogos, ketika tinjauan hari ini. - Bernama
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Johor tingkatkan usaha bersihkan sungai
Ia bagi memastikan sasaran Sungai Skudai bersih, dapat dicapai sebelum bulan September ini.
12 'hotspot' dikenal pasti jadi punca sampah di Sungai Skudai
Dua belas lokasi 'hotspot' sampah telah dikenal pasti menjadi punca pencemaran Sungai Skudai, di sini sehingga kini.
160 tan sampah dikutip di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai - Exco
Kira-kira 160 tan sampah sarap perlu dikutip setiap bulan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor.
JAS Johor siasat buih putih di Sungai Skudai, tidak jejas LRA
Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail.
Mayat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai dijumpai
Mayat mangsa pertama ditemukan sekitar 14 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba.