MALAYSIA
Banjir kilat: PPS di Pontian ditutup
PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya secara rasmi ditutup pada 2 petang tadi. - Gambar fail/Bernama
PONTIAN: Banjir kilat yang melanda lima kampung di daerah ini pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak semalam ditutup petang ini.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya secara rasmi ditutup pada 2 petang tadi.
"Sebanyak 157 penduduk dari 46 keluarga ditempatkan di PPS setakat 12 tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri itu berkata hujan lebat berterusan dan penurunan air Gunung Pulai menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Kawasan yang terlibat adalah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
Secara keseluruhan 159 penduduk daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada 6 pagi.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Banjir kilat di lima kampung pulih sepenuhnya selepas PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya ditutup pada jam 2 petang.
- Sebanyak 157 penduduk daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS sebelum pulang ke rumah masing-masing.
- Banjir berlaku akibat hujan lebat dan aliran air dari Gunung Pulai, melibatkan Kampung Melayu Raya, Paya Embun, Pak Kalib, Seri Menanti dan Maju Jaya.