MALAYSIA
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Pontian tempatkan 107 penduduk
Anggota APM memantau keadaan banjir di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, Pontian. - Foto APM Pontian
JOHOR BAHRU: Sejumlah 107 penduduk daripada 33 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat awal pagi tadi.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya itu, mula dibuka pada 6 pagi.
Beliau berkata kawasan yang terjejas ialah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
"Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berterusan dan penurunan air dari Gunung Pulai, mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 107 penduduk daripada 33 keluarga di Pontian dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya selepas banjir kilat awal pagi.
- Lima kampung terjejas: Kampung Melayu Raya, Paya Embun, Pak Kalib, Seri Menanti dan Maju Jaya akibat hujan lebat dan aliran air dari Gunung Pulai.
- Cuaca kini cerah, namun pihak berkuasa terus memantau keadaan.