Banjir: Laluan Shah Alam-Setia Alam NKVE ditutup serta-merta

Nickyson Nyambar
Disember 18, 2021 10:51 MYT
PLUS Malaysia Berhad mengesahkan berlakunya banjir kilat melibatkan laluan seliaannya di lebuh raya NKVE di KM8.3 arah selatan dari Shah Alam ke Setia Alam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Semua lorong arah selatan dari Shah Alam ke Setia Alam Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) ditutup serta-merta berikutan banjir kilat, kata PLUS Malaysia Berhad.
Dalam perkongsian di laman Twitter @plustrafik, PLUS berkata penutupan itu susulan kejadian banjir kilat melibatkan laluan di Kilometer 8.3 di NKVE.
"Laluan keluar mandatori diaktifkan melalui Plaza Tol Subang.
"Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi. Pandu cermat, terima kasih atas kerjasama," katanya.
Perkara itu dimaklumkan oleh PLUS jam 6 petang Sabtu.

18:07hrs Banjir kilat di NKVE Km 8.3 arah Selatan dari Shah Alam ke Setia Alam. Semua lorong masih terhalang. Laluan keluar mandatori diaktifkan melalui Plaza Tol Subang. @LLMinfotrafik pic.twitter.com/KOw0TZ5bj7

— plusline1800880000 (@plustrafik) December 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PLUS Trafik #lebuh raya #NKVE #Plaza Tol Subang