[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Banjir: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup

Bernama 02/12/2024 | 11:52 MYT
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) masih ditutup akibat banjir. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) masih ditutup akibat banjir.
Malaysia Airports hari ini dalam satu kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan bahawa terminal itu masih beroperasi dan penumpang disarankan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini jadual penerbangan.
"Penumpang dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan dan memantau pengumuman untuk perkembangan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
Kedah antara negeri paling terjejas teruk sejak banjir melanda pada Rabu lepas yang menyaksikan jumlah mangsa meningkat kepada 8,051 daripada 2,449 keluarga pagi ini, berbanding 7,954 daripada 2,398 keluarga pada malam tadi.
-- BERNAMA
#banjir #landasan #Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim #masih ditutup