awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis

Bernama
Bernama
01/12/2024
13:30 MYT
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini. - Foto Facebook APM Kuala Krai
KUALA KRAI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh di sini menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai Kapt Abd Fatah Abd Aziz berkata kesemua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang tinggal di asrama sekolah berkenaan dibenarkan pulang berikutan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula esok.
"Operasi membawa pelajar-pelajar berkenaan pulang ke rumah mereka di Kampung Pasir Kelang, yang terletak di seberang Sungai Kuala Nal dijalankan 12.47 tengah hari tadi menggunakan dua bot APM dan sebuah bot polis. Kesemuanya selamat tiba di kampung berkenaan 3.40 petang tadi," katanya kepada Bernama hari ini.
Abd Fatah berkata pihaknya turut membawa dua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari Kampung Ladang Taku menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Kuala Nal pada 10.47 pagi.
Beliau berkata mereka dihantar ke SMK Sultan Yahya Petra 1 di sini untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 yang dijadualkan bermula esok hingga Khamis.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata semua calon SPM terkesan banjir akan ditempatkan di asrama atau digerakkan ke pusat peperiksaan alternatif, bagi memastikan kesemua mereka selesa untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual ditetapkan.
Sebanyak 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu di Kelantan 3,111 calon, Terengganu (1,734 calon) dan Kedah (532 calon).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM
#SMK Keroh
#Sungai Kuala Nal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan