SEREMBAN: Dua Loji Rawatan Air (LRA) Pantai, Seremban dan Lakai, Jelebu masih belum dapat beroperasi kerana mengalami kerosakan infrastruktur akibat banjir baru-baru ini.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail dalam satu kenyataan berkata LRA Pantai masih tidak dapat beroperasi disebabkan kerosakan infrastruktur loji yang belum dibaiki.
"Ini berikutan runtuhan tebing sungai, pokok tumbang yang menghalang laluan dan sistem bekalan elektrik terputus," katanya.
Menurutnya LRA Klawang beroperasi seperti biasa namun kemampuan pengeluaran bekalan air pada masa ini hanya 80 peratus memandangkan terdapat beberapa kerosakan yang memerlukan penambahbaikan, manakala 18 lagi LRA di negeri ini berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Norzita berkata SAINS sedang berusaha membaik pulih segala kerosakan di loji dan muka sauk bagi memastikan gangguan bekalan air dapat diminimumkan.
Beliau berkata pihaknya membantu pengguna dengan pemberian bekalan air bersih menerusi tangki statik yang ditempatkan di beberapa kawasan terjejas, selain kerjasama beberapa agensi membekalkan air melalui lori tangki seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, rakan operator dari Syarikat Air Johor (SAJ) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
Sebarang kesulitan berkaitan gangguan bekalan air boleh hubungi 1-800-88-6982 atau layari www.sainswater.com untuk mengetahui kawasan gangguan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
SAINS sedang berusaha membaik pulih segala kerosakan di loji dan muka sauk bagi memastikan gangguan bekalan air dapat diminimumkan. - Gambar hiasan/ Bernama
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Empat daerah di Negeri Sembilan terkesan banjir kilat
Empat daerah di Negeri Sembilan dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan beberapa jam sejak petang tadi.
Polis siasat kehilangan pendawaian sistem amaran banjir di Gemas
Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas.
Banjir: LRA Pantai, Lakai di N. Sembilan alami kerosakan infrastruktur - SAINS
Dua Loji Rawatan Air (LRA) Pantai, Seremban dan Lakai, Jelebu masih belum dapat beroperasi kerana mengalami kerosakan infrastruktur akibat banjir baru-baru ini.