awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Lumpur: Rakyat Malaysia dipindah ke tempat selamat

Bernama
Bernama
04/09/2017
02:48 MYT
Banjir Lumpur: Rakyat Malaysia dipindah ke tempat selamat
Enam peserta Kembara Srikandi Prihatin (KSP) ini adalah antara 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur yang melanda Perkampungan Terskol. - Astro AWANI/Dinni Azween
Kementerian Luar mengesahkan 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur di Perkampungan Terskol, Rusia tiba di puncak Gunung Elbrus dan kemudian turun dengan selamat di kaki gunung pada Ahad.
Wisma Putra berkata mereka sampai di puncak gunung setinggi 5,642 meter itu yang merupakan gunung tertinggi di Eropah pada pukul 8.30 pagi Ahad dan kemudian dipindahkan ke tempat selamat oleh pihak berkuasa tempatan.
"Para pendaki akan dipindahkan ke lapangan terbang berhampiran di Moneralnye Vody sebelum diterbangkan keluar daripada Moscow," kata kenyataan Wisma Putra.
Ia berkata kerajaan Malaysia melahirkan rasa penghargaan kepada kerajaan Rusia atas keprihatinan dan usaha mereka dalam menyelamatkan rakyat Malaysia yang terbabit dengan bencana tersebut.
Enam anggota pendaki wanita Kembara Srikandi Prihatin (KSP) dan 13 pendaki Malaysia lain terkandas di kawasan pergunungan Elbrus di Republik Kabardino-Balkar di Kaukasus Rusia berikutan banjir lumpur pada Jumaat.
Dilaporkan para pendaki itu akan diterbangkan pulang dan dijangka tiba esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dipindah
#Gunung Elbrus
#Malaysia
#pendaki
#Perkampungan Terskol
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan