MALAYSIA

Banjir: Mangsa di Johor meningkat sedikit

Bernama 28/03/2025 | 00:40 MYT
Penduduk setempat meredah banjir di jalan raya yang terputus akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak 19 Mac lalu, ketika tinjauan di Kampung Haji Noor, Kluang, 21 Mac 2025. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit kepada 270 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 266 orang yang direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 80 keluarga kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi.

"Sebanyak 236 mangsa daripada 72 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, manakala 34 orang daripada lapan keluarga pula berteduh di Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat.

"Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas adalah Kampung Baharu dan Kampung Parit Betong di daerah yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sebanyak 236 mangsa daripada 72 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, manakala 34 orang daripada lapan keluarga pula berteduh di Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat.

Menurut Azmi, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 3.31 meter, namun dengan trend menurun.

Beliau berkata daerah Kluang diramalkan hujan, manakala Tangkak dan Kulai kelihatan mendung, sementara tujuh daerah lain di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini.

-- BERNAMA

#banjir johor #PPS #banjir #mangsa banjir