awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Masjid utama dibuka sebagai PPS tambahan di Johor

Bernama
Bernama
03/03/2023
09:23 MYT
Banjir: Masjid utama dibuka sebagai PPS tambahan di Johor
MOHD FARED: Ia merupakan pelan kontingensi, yang diambil kerajaan negeri bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir. -Gambar fail/Bernama
BATU PAHAT: Kerajaan negeri sudah mula membuka masjid-masjid utama di kawasan terjejas banjir di Johor sebagai pusat pemindahan tambahan (PPS), susulan peningkatan jumlah mangsa banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata ia merupakan pelan kontingensi, yang diambil kerajaan negeri bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir.
Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, sebanyak tujuh masjid di daerah itu telah dibuka iaitu Masjid Pekan Sri Medan, Masjid Parit Jayus, Masjid Parit Baru, Masjid Simpang Tiga Parit Sulong, Masjid Kampung Parit Betong, Masjid Kampung Parit Jambi dan Masjid Parit Andin 3.
Beliau berkata langkah itu juga, merupakan pelan segera yang diambil bagi mengatasi kesesakan di PPS sedia ada.
"Pembukaan masjid utama itu dibuka sebagai PPS dengan garis panduan disediakan bagi terus mengekalkan kemuliaan masjid.
"Ada sebahagian penduduk terpaksa bermalam dalam kereta malam tadi, bukannya nak cari salah siapa tetapi air naik dengan cepat dan kebetulan PPS sedia ada tidak dapat menampung," kata Mohd Fared.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Peng 1, di sini, hari ini.
Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 218 PPS dibuka di seluruh negeri melibatkan lebih 30,000 mangsa banjir.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Mohd Fared berkata masjid di seluruh negeri Johor dianjurkan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, hari ini, bagi memohon perlindungan Allah dan kesejahteraan Bangsa Johor dalam situasi banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Mohd Fared Mohd Khalid
#masjid sebagai PPS tambahan
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan