MELAKA:Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka terus mencatatkan pengurangan kepada 304 orang melibatkan 76 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 311 orang daripada 78 keluarga pada pukul 8 malam tadi.
PPS yang terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di Alor Gajah, SK Ayer Molek di Melaka Tengah, manakala SK Tehel, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen dan SK Parit Gantong di Jasin.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di SK Durian Tunggal kekal 13 orang daripada tiga keluarga manakala di SK Ayer Molek, jumlah mangsa berkurang kepada 89 orang daripada 25 keluarga pagi ini berbanding 96 orang daripada 27 keluarga, malam tadi.
Beliau berkata jumlah mangsa dan keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di daerah Jasin pula kekal iaitu sebanyak 127 mangsa (30 keluarga) ditempatkan di SK Tehel, 10 mangsa (dua keluarga) di SJKC Shuh Yen dan 65 orang (16 keluarga) di SK Parit Gantong.
Katanya banjir di Melaka melibatkan 10 kawasan iaitu Kampung Tehel dan Kampung Parit Gantong di Jasin, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing di Alor Gajah manakala Kampung Pengkalan Minyak, Kampung Busut Licin, Kampung Ayer Molek dan Rumah Awam Ayer Molek di daerah Melaka Tengah.
Cuaca pada pagi ini dilaporkan cerah dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020

Seorang peniaga membersihkan bilik stor simpanan barangan perniagaannya yang terjejas ekoran banjir kilat yang melanda selepas hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Tehel, Jasin, 23 Nov, 2020. --fotoBERNAMA

COVID-19 | Tiada bukti penularan kes di New Zealand
Tiada sebarang bukti penularan COVID-19 susulan kes komuniti pertama yang dikesan pada Sabtu lalu selepas dua bulan tidak merekodkan sebarang kes positif.

PdPR | Program TV pendidikan mulai 27 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot program TV pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

10 Berita Pilihan - (26 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR | Beri peluang pelajar, guru biasakan keadaan
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.

Vaksin | Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin. Perolehan melibatkan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. itu akan meliputi 28.75 peratus dari populasi rakyat Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38631776961611677641288/1887331_8967789641611677752459_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Bekalan, harga bawang kembali stabil
Bekalan dan harga bawang di pasaran kembali stabil dan cukup untuk keperluan pengguna sehingga Ogos ini, kata Menteri KPDNHEP.

Pasca banjir: Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama DPMM, PPIM dan APM.

Peka SOP bina rumah di lokasi banjir - PKBM
PBT dan syarikat-syarikat perumahan perlu lebih peka kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam isu pembinaan rumah terutama di lokasi mudah berlaku banjir.

Maxis tingkatkan usaha selain kesalinghubungan untuk komuniti terjejas banjir
Usaha mitigasi rangkaian dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan kesalinghubungan seperti meningkatkan platform peralatan dan pengunaan genset.

Dilahirkan atas perahu semasa banjir, bayi dinamakan Siti Noor Banjiriah
Ibu bayi berkenaan melahirkannya ketika berada di atas bot sewaktu paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan.

Sembilan maut akibat ribut Eloise
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar Beira, Mozambique selepas ribut Eloise membadai kawasan itu pada Ahad.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkes

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Sukarelawan Jengka berkampung bantu mangsa banjir Pahang
Operasi bantuan itu berlangsung selama dua hari melibatkan 10 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van.