awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Melaka: PM ajak Keluarga Malaysia doa anggota bomba ditimpa kemalangan pulih

Bernama
Bernama
20/10/2021
15:30 MYT
Banjir Melaka: PM ajak Keluarga Malaysia doa anggota bomba ditimpa kemalangan pulih
Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama mendoakan agar anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh kembali pulih selepas tidak sedarkan diri akibat ditimpa kemalangan sewaktu menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir, petang tadi.
"Ayuh kita semua warga Keluarga Malaysia bersama-sama menadah doa ke hadrat Allah agar keadaan mangsa bertambah baik dan sihat seperti sedia kala.
"Saya difahamkan bahawa hujan lebat di seluruh Malaysia dan ada beberapa tempat sudah dinaiki air. Saya menyeru kepada semua agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga Allah melindungi seluruh Keluarga Malaysia," kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebook malam ini.
Banjir | Seorang anggota bomba dihanyutkan arus deras
BACA: Banjir kilat Melaka: Seorang anggota bomba pengsan dihanyut arus deras
Media hari ini melaporkan Mohd Diya, 46, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah, rebah ke dalam air banjir semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh.
Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir melaka
#anggota bomba
#lemas
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan