KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyumbang wang tunai RM500 kepada 104 keluarga termasuk 26 keluarga warga awam MINDEF di Kem Batu Tiga, Temerloh di Pahang yang terjejas banjir baru-baru ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pemberian berkenaan sebagai tambahan kepada bantuan RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bantuan RM500 yang diumumkan Kerajaan Pahang sebelum ini.
Beliau berkata selain wang tunai, MINDEF turut membekalkan bakul makanan serta kelengkapan asas rumah seperti peti ais, cerek, dapur, periuk nasi, bantal, tilam, cadar, selimut dan katil.
Hishammuddin berkata kementeriannya turut menyalurkan peruntukan RM10,000 khusus untuk Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain di Kem Batu Tiga bagi tujuan membaik pulih kerosakan.
"InsyaAllah, saya akan umumkan bantuan-bantuan tambahan dari masa ke masa kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), (warga) awam MINDEF dan veteran ATM di seluruh negara yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Semoga dipermudahkan setiap urusan mereka," katanya menerusi laman Facebook rasminya pada Rabu.
Selain itu, Hishammuddin berkata bekalan elektrik di kem berkenaan antara yang terjejas dan belum pulih sepenuhnya sehingga sekarang walaupun air telah surut.
"Saya berterima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana terus beri perhatian dengan membekalkan tenaga elektrik sementara menggunakan generator.
"Namun dalam masa sama, saya turut terangkan betapa pentingnya bekalan elektrik di kem ini, bukan sahaja untuk pengoperasian tetapi juga demi kegunaan penghuni di Rumah Keluarga Angkatan Tentera dalam kem ini," katanya.
Hishammuddin juga meminta TNB agar mempercepatkan proses baik pulih agar membolehkan bekalan elektrik dibekalkan seperti sediakala tanpa menggunakan generator demi kepentingan operasi kem dan seluruh anggota serta keluarga di kem berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Hishammuddin pada Rabu meninjau keadaan mangsa banjir di Kem Batu Tiga, Temerloh, Pahang. - Foto Facebook Hishammuddin Hussein
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Ketua isi rumah di Kelantan diseru daftar e-Bencana
Kerajaan Kelantan menyeru ketua isi rumah di lokasi banjir mendaftar menerusi sistem pengurusan bencana negeri itu, e-Bencana.
Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.
Banjir: Salur bantuan menerusi agensi keselamatan - APM
Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir diminta berbuat demikian menerusi agensi-agensi keselamatan bagi tujuan penyelarasan.
Banjir Baling: JAKIM salur RM1.58 juta bantuan Musa'adah kepada mangsa
Selain RM1,000 kepada setiap rumah, JAKIM juga bantu kos baik pulih dan membeli kelengkapan serta perabot untuk tiga buah rumah mangsa.
SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi.
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Anda mangsa banjir? Ini Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan PM
Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.
Bantuan mangsa banjir cecah RM10,000 bagi setiap isi rumah - PM
Mangsa banjir di seluruh negara boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), kata Perdana Menteri.
Banjir: MINDEF sumbang RM500 bagi tentera, awam di Kem Batu Tiga Temerloh
Ia tambahan kepada bantuan RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri dan RM500 yang diumumkan Kerajaan Pahang sebelum ini.
Banjir: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa terjejas
TH sumbang bantuan kewangan, makanan dan khidmat pembersihan secara sukarela kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir.