awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir musim tengkujuh: TUDM siap sedia 3 jenis pesawat bantu mangsa terjejas

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
02/11/2021
10:31 MYT
Banjir musim tengkujuh: TUDM siap sedia 3 jenis pesawat bantu mangsa terjejas
Ackbal (depan) menyempurnakan Upacara Penutup Eksesais PARADISE Siri 8/2021 di Pangkalan Udara Kuantan pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia untuk mengatur gerak asetnya terutama tiga jenis pesawat bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir ketika musim tengkujuh, bermula minggu ini.
Panglima TUDM, Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad, berkata pesawat terbabit ialah pesawat pengangkut Hercules C130 dan Airbus A400M selain helikopter EC725.
Katanya, antara tiga pesawat terbabit, helikopter EC725 paling kerap digunakan untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.
"Untuk banjir, tiap-tiap tahun kita akan standby pesawat (untuk bantuan mangsa banjir)... helikopter the main one... yang keduanya C130 ataupun A400M.
"Setakat ni kita dalam keadaan berjaga-jaga sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Penutup Eksesais PARADISE Siri 8/2021 di Pangkalan Udara Kuantan pada Selasa.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November hingga awal Jan 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula esok dan berterusan sehingga Mac tahun depan.
MetMalaysia turut memaklumkan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari, boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kerap banjir, malah boleh menjadi lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.
Sementara itu, mengenai Eksesais Paradise yang berlangsung selama 12 hari bermula 22 Oktober lepas sehingga hari ini, Ackbal berkata ia melibatkan 1,482 kekuatan pegawai dan anggota yang terdiri daripada 918 warga TUDM manakala Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia masing-masing melibatkan 345 dan 210 individu.
Eksesais yang antara lain bertujuan menilai kesedian tempur dan tahap keberkesanan peralatan itu dilaksanakan meliputi kawasan perairan Selat Melaka termasuk ruang udara yang digazetkan sebagai kawasan latihan.
Topic Berkaitan
#banjir
#tengkujuh
#TUDM
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan