awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: 2 PPS dibuka, 33 mangsa dipindahkan

Azizah Shafiei
Azizah Shafiei
17/12/2021
06:57 MYT
Banjir Pahang: 2 PPS dibuka, 33 mangsa dipindahkan
Salah seorang anggota APM Raub meninjau rumah mangsa yang dinaiki air berikutan banjir kilat di daerah ini. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Seramai 33 orang daripada 11 keluarga dari tiga kampung dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang dan SK Beserah, pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, daripada jumlah mangsa terbabit, seramai 24 orang daripada sembilan keluarga dari Jalan Sungai Soi, Kampung Kempadang, dipindahkan ke PPS SK Kempadang.
Manakala di PPS SK Beserah membabitkan sembilan orang daripada dua keluarga masing-masing dari Kampung Rumbia Beserah dan Kampung Bugis.
Menurutnya, beberapa kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di lima lokasi di daerah ini termasuk dua kejadian pokok tumbang menghempap rumah di Beserah.
“Dalam kejadian itu, dua mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk menerima rawatan manakala satu lagi kejadian tidak membabitkan mangsa,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Sakretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub, dua orang warga emas di Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat akibat hujan semalaman sejak malam tadi.
Mangsa, Abdul Halin Hamzah, 65, dan Rohaya Abas, 58, berjaya dipindahkan ke lokasi selamat oleh anggota Angkatan Pertahankan Awam (APM) Raub sekitar jam 11.40 pagi.
Manakala di daerah Maran pula, banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Sri Jaya sekitar jam 9.30 pagi, namun tiada kemalangan jiwa yang dialami penduduk.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran, Kapt. (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan di lokasi terbabit dan air telah surut sepenuhnya.
Bagaimanapun, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#beserah
#pusat pemindahan
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan