awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang beransur pulih, 33 mangsa di PPS

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
10/02/2023
04:26 MYT
Banjir Pahang beransur pulih, 33 mangsa di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menunjukkan penurunan kepada 33 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah sehingga jam 12 tengah hari pada Jumaat. - Gambar fail
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menunjukkan penurunan kepada 33 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah sehingga jam 12 tengah hari pada Jumaat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, angka itu menurun berbanding 41 orang daripada 13 keluarga yang dicatatkan jam 8 pagi tadi melibatkan daerah Maran dan Raub.
"Di Raub, PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai menempatkan 21 mangsa daripada lapan keluarga.
"Sementara di Maran terdapat 12 mangsa daripada tiga keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian," kata kenyataan itu.
Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.
Selain itu, tiga sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran; Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan.
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang
#daerah Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan