MALAYSIA
Banjir Pantai Timur dijangka sedikit mereda selepas 27 November - Pakar iklim
Anggota keselamatan membantu mangsa banjir menaiki bot di kawasan yang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan akibat luruan monsun dan sistem tekanan rendah. - Bernama
KUALA LUMPUR: Fenomena hujan lebat dan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, khususnya di Pantai Timur dijangka akan sedikit reda, apabila luruan angin yang membentuk lekukan di kawasan itu akan terus bergerak ke arah utara, sekurang-kurangnya sehingga 27 November depan.
Ringkasan AI
Selain itu, jelas Prof Emeritus Datuk Abu Samah, satu lagi faktor ialah apabila sistem tekanan rendah (Tropical Depression) di kawasan Pantai Barat akan bergerak ke arah Aceh, Indonesia pada 25 November depan.
Ahli Tetap Institut Sains Laut dan Bumi (IOES) Universiti Malaya itu berkata, apabila kedua-dua sistem Azizan menjelaskan, terdapat dua sistem cuaca yang mempengaruhi keadaan semasa – luruan monsun yang menjejaskan Kelantan dan Pantai Timur, serta sistem tekanan rendah atau Tropical Depression di Laut China Selatan.
Kedua-dua sistem itu, jelasnya lagi, menyebabkan hujan lebat berterusan sejak 21 November, dengan tumpuan awal di kawasan utara sebelum merebak ke Pantai Barat.
“Anggaran kita, lekukan ini akan bergerak ke utara ke Aceh sekitar 25 November. Ramalan oleh MetMalaysia dan agensi cuaca serantau menjangka keadaan akan reda selepas tarikh tersebut, namun Kelantan dijangka terus terjejas sehingga 27 November,” katanya.
Awal hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka berterusan sehingga esok, membabitkan beberapa daerah di Kelantan serta Besut di Terengganu.
Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala Besut di Terengganu turut berada dalam amaran sama.
Setakat jam 5 petang, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan jumlah mangsa seramai 19,295 orang, dengan 133 Pusat Perlindungan Sementara (PPS) dibuka di 10 negeri.
Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa yang tertinggi iaitu seramai 9,506 orang diikuti Perak (3,357), Selangor (2,780), Kedah (2,063), dan Perlis (1,448).
Dalam pada itu Azizan turut mengingatkan bahawa perubahan iklim menjadikan ramalan cuaca semakin kompleks.
“Fenomena ribut ekstrem telah meningkat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tropical Depression sukar diramal kerana ia melibatkan interaksi topografi, kepanasan laut dan angin. Kadang-kadang ia boleh berkembang dalam tempoh 24 jam sahaja,” jelas Azizan.
Beliau merujuk kepada insiden pada 2021 apabila lekukan yang diramal berada di Pantai Timur bergerak ke Selangor dan mencetuskan banjir besar.
“Ini menunjukkan betapa pantas sistem ini boleh berubah, dan keperluan untuk meningkatkan ketepatan ramalan adalah mendesak,” tambahnya.
Dalam pada itu Azizan berkata, fenomena cuaca ekstrem yang berlaku kini adalah amaran bahawa perubahan iklim bukan lagi isu teori, tetapi realiti yang menuntut tindakan segera.
Beliau berkata, pelaburan dalam infrastruktur pelindung, sistem amaran awal dan perancangan pembangunan berasaskan penilaian risiko perlu menjadi norma baharu, bukan sekadar cadangan tambahan.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Fenomena hujan lebat dan banjir di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur, dijangka reda berikutan luruan angin bergerak ke utara sehingga 27 November dan sistem tekanan rendah di Pantai Barat bergerak ke Aceh, Indonesia pada 25 November.
- Sistem cuaca termasuk luruan monsun dan Tropical Depression menyebabkan hujan lebat sejak 21 November, memberi kesan kepada Kelantan, Pantai Timur, dan Pantai Barat Malaysia.
- Amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan untuk beberapa daerah di Kelantan dan Besut, Terengganu, dengan jumlah mangsa 19,295 orang dan 133 Pusat Perlindungan Sementara dibuka di 10 negeri.