MALAYSIA
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 1.20 tengah hari tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin. - Foto FB Polis Daerah Rompin
KUANTAN: Pasangan suami isteri warga Itali yang bercuti di Taman Negeri Endau Rompin berjaya dipindahkan dengan selamat hari ini selepas terputus hubungan berikutan laluan masuk ke kawasan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa seorang wanita berusia 42 tahun, Giulia, dan suaminya Leonardo, 43, telah mendaftar masuk ke taman negeri itu pada 25 Dis lepas.
Beliau berkata pihak polis menerima laporan kira-kira 9.20 pagi tadi daripada ejen syarikat pelancongan bahawa jalan masuk ke Taman Negeri Endau Rompin sejauh 600 hingga 800 meter, tidak dapat dilalui akibat banjir sejak pagi tadi, sekali gus menyukarkan usaha membawa keluar pasangan berkenaan.
"Susulan itu, dua anggota daripada Balai Polis Rompin telah diarahkan ke lokasi bagi mengesahkan kejadian bersama empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rompin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharif Shai berkata mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 1.20 tengah hari dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin sebelum diserahkan kepada ejen syarikat pelancongan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri warga Itali berjaya dipindahkan dengan selamat dari Taman Negeri Endau Rompin setelah laluan masuk mereka dinaiki air setinggi dua meter.
- Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Sharif Shai Sharif Mondoi, mengesahkan wanita berusia 42 tahun, Giulia, dan suaminya Leonardo, 43, telah mendaftar masuk ke taman negeri pada 25 Disember lepas.
- Pasangan itu berjaya diselamatkan daripada banjir oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Rompin sebelum diserahkan kepada ejen syarikat pelancongan.