awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pasukan MEKAR JPN bantu mangsa kehilangan dokumen

Bernama
Bernama
27/11/2021
02:29 MYT
Banjir: Pasukan MEKAR JPN bantu mangsa kehilangan dokumen
Selain kad pengenalan, sijil kelahiran anak-anak juga sering dilaporkan hilang setiap kali musim banjir. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu akan menggerakkan dua pasukan Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk membantu mangsa banjir yang kehilangan dokumen pengenalan diri.
Pengarahnya Mohamad Nasir Kareem berkata pasukan yang terdiri daripada 20 kakitangan jabatan itu akan membantu mangsa membuat permohonan dokumen ganti di PPS sebelum proses penggantian dibuat di pejabat JPN terdekat.
"Kita (JPN) memang sentiasa mengingatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan berisiko banjir supaya bersedia setiap kali tiba musim tengkujuh dengan meletakkan dokumen penting di tempat tinggi dan selamat.
"Namun, bencana adalah di luar kawalan. Apa yang terjadi, air naik lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, JPN akan membuat dokumen pengenalan ganti dalam tempoh kurang 24 jam untuk memudahkan urusan mangsa banjir," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengikut rekod JPN Terengganu, sebanyak 5,189 MyKad dilaporkan hilang pada tempoh kemuncak musim tengkujuh (Disember dan Januari) disebabkan kes bencana banjir, jenayah dan kecuaian.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,139 kes direkodkan pada 2018 diikuti 1,803 kes pada 2019, 1,608 kes (2020) dan 639 (Januari 2021).
Selain kad pengenalan, sijil kelahiran anak-anak juga sering dilaporkan hilang setiap kali musim banjir dan bagi kes bencana, tiada sebarang denda dikenakan terhadap mangsa.
Beliau juga berharap semua individu yang menjumpai semula MyKad yang hilang setelah proses permohonan penggantian dibuat untuk menyerahkan dokumen berkenaan di mana-mana kaunter JPN yang terdekat kerana ia tidak lagi sah untuk digunakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#JPN
#mykad
#hilang dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan