awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga

Bernama
Bernama
27/12/2023
12:46 MYT
Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga
Sejumlah 5,167 pegawai dan kakitangan KPWKM dibantu 157 kaunselor serta 864 anggota Psychology Support Team (PST) sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga. - Foto Facebook KPWKM
CHUKAI: Sejumlah 5,167 pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dibantu 157 kaunselor serta 864 anggota Psychology Support Team (PST) sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga.
KPWKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dalam keadaan bersedia bagi membantu melancarkan pengoperasian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Dari segi persediaan bekalan barangan keperluan asas, kesemua lapan buah depoh, 137 stor negeri dan daerah, 60 mini depoh kontena dan 580 pangkalan hadapan JKM telah siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir.
"Sebanyak 860 pembekal barangan keperluan asas dan 1,224 pembekal makanan berbungkus telah dilantik oleh JKM pada musim ini bagi memastikan bantuan keperluan asas dan makanan mangsa bencana dapat dibekalkan segera jika diperlukan," menurut kenyataan itu.
KPWKM turut menyeru orang ramai terutamanya di kawasan sering dilanda banjir untuk sentiasa bersiap sedia dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Kementerian itu memaklumkan setakat hari ini, 8,481 PPS telah dikenal pasti di seluruh negara yang berupaya menampung 2.15 juta mangsa pada satu-satu masa.
"Sebanyak 5,063 atau 60 peratus PPS tersebut merupakan premis sekolah manakala bakinya terdiri daripada balai raya, masjid dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini melakukan lawatan kerja ke tiga PPS di Kemaman untuk memantau keadaan dan pengurusan mangsa banjir yang dilaksanakan oleh pihak JKM.
PPS yang dilawati beliau adalah Dewan Sivik Air Putih, Dewan Orang Ramai Kampung Teladas Air Putih dan Surau Paya Mempuyu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#KPWKM
#banjir
#mod siap siaga
#Psychology Support Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan