Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Banjir: Pejabat JPN Bachok, Tumpat ditutup sementara

Bernama 23/11/2025 | 06:53 MYT
JPN memaklumkan orang ramai yang mempunyai urusan berkaitan jabatan itu diminta hadir ke cawangan berdekatan. - Foto JPN
KOTA BHARU: Operasi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah Bachok dan Tumpat ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan banjir.

JPN memaklumkan orang ramai yang mempunyai urusan berkaitan jabatan itu diminta hadir ke cawangan berdekatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) dan korporat JPN Negeri Kelantan melalui talian 09-7441717/09-7482793. Operasi semula pejabat yang terkesan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA





#banjir #Tumpat #Bachok #Kelantan #JPN