awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pendaftaran secara automatik bagi PPS tidak berdaftar - TPM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/12/2022
09:32 MYT
Banjir: Pendaftaran secara automatik bagi PPS tidak berdaftar - TPM
Ahmad Zahid ditemui ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerlur pada Khamis. - Foto Astro AWANI
PASIR PUTEH: Kerajaan telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mendaftarkan secara automatik mana-mana pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang masih belum digazet.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat bagi menyegerakan proses untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
"Setelah digazetkan, semua bantuan mesti disalurkan kepada semua PPS... ini adalah untuk mengelakkan birokrasi kerana bantuan sebelum ini hanya disalurkan di PPS yang berdaftar.
"Saya telah arahkan Nadma untuk gazetkan mana-mana tempat yang digunakan sebagai PPS untuk didaftarkan secara automatik bagi menempatkan mangsa banjir," katanya ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor pada Khamis.
Mengambil contoh apa yang berlaku di PPS SK Jelor, bantuan sebelum ini katanya mengalami kelewatan berikutan PPS berkenaan yang masih belum didaftarkan.
"Saya dapat maklumat PPS SK Jelor sebelum ini lewat menerima bantuan disebabkan PPS ini tidak digazetkan.
"Saya telah ambil tindakan segera ketika itu dengan menghubungi Nadma untuk daftarkan secara automatik jadi kesemua 500 mangsa ketika itu dapat bantuan," katanya lagi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Pusat terlebih dahulu hadir mendengar taklimat pengurusan bencana di sekolah berkenaan yang melibatkan beberapa agensi kerajaan.
Sebelum ini, beberapa mangsa banjir yang ditemui menyuarakan keluhan sama akibat kelewatan menerima bantuan banjir.
Ini termasuk faktor fasiliti PPS di beberapa kawasan yang masih serba kekurangan dengan keperluan asas.
Topic Berkaitan
#banjir
#NADMA
#Zahid Hamidi
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan