SHAH ALAM: Seramai 50 penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini yang ditimpa musibah banjir Disember tahun lalu memfailkan saman terhadap pihak berkuasa atas alasan kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab.
Mereka menamakan ketua pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Alam Sekitar dan Air, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai defendan, lapor sebuah portal pada Isnin.
Turut dinamakan dalam saman itu ialah dua buah syarikat korporat.
Laporan portal berita itu memaklumkan, saman juga difailkan terhadap kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri Selangor kerana ia turut bertanggungjawab atas kecuaian atau peninggalan pihak lain.
Dalam saman yang difailkan oleh firma guaman Tanes, Khoo & Paulraj di Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu, plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3.8 juta daripada defendan.
Laporan memetik sumber itu berkata, mereka juga menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teruk atas bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif berkata, Nadma tidak menyediakan pelan tindakan menyelamat yang berkesan selepas banjir.
Mereka juga berkata, terdapat arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyatakan bahawa Nadma akan mengetuai, menyelaras serta melaksanakan tindakan pasca bencana.
Menurut mereka, Jabatan Meteorologi gagal memberi amaran tepat pada masanya mengenai banjir yang akan berlaku.
Mereka mendakwa hanya dimaklumkan dua hari selepas berlakunya banjir, walaupun jabatan itu memberi amaran kepada penduduk yang tinggal di Pantai Timur.
Plaintif berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal membangun mahupun menguruskan sistem banjir Sungai Klang.
Kata mereka lagi, PBT telah meluluskan terlalu banyak arahan pembangunan di sekitar Taman Sri Muda, iaitu antara kawasan yang paling teruk terjejas semasa banjir.
Mereka turut berkata, sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor Incorporated juga gagal mengurus kutipan sampah domestik dan perkhidmatan pembersihan awamnya dengan baik.
Menurut plaintif, janakuasa sandaran di pintu air pasang surut Taman Sri Muda juga gagal disediakan menyebabkan ia melimpah apabila janakuasa sedia ada ditenggelami air.
Peguam V Vemal Arasan, Gurdial Singh Nijhar, M Kula Segaran dan James Joshua Paulraj mewakili plaintif secara pro bono bagi tindakan undang-undang itu.
Vemal seperti dilaporkan portal tersebut berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 25 Julai. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022

Keadaan banjir di Taman Sri Muda Disember tahun lalu. -Foto Sinar Harian

Pekerja kontrak maut dihempap dinding runtuh
Pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.

Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19
Jill Biden disahkan positif ketika sedang bercuti bersama keluarganya di South Carolina, AS.

Stadium Nasional Bukit Jalil venue final Piala FA JDT vs TFC
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan bagi perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 10 Sept ini.

Dera: Polis tahan pengasuh sebabkan kematian anak saudara
Seorang wanita warga tempatan ditahan polis hari ini kerana disyaki mendera dan menyebabkan kematian anak saudara lelakinya berusia tiga tahun dalam kejadian di Kepong di sin, semalam.

JHEAIPP sahkan kedai nasi ayam di Sungai Ara tiada sijil halal
Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus Sungai Triang
Seorang remaja lelaki 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus di Sungai Triang berhampiran Kampung Kerayong di sini, hari ini.

Permohonan pengambilan pekerja asing tidak dibeku lagi bermula Jumaat
Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
![AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982942/thumbnails/12423381251660656652349_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Najib gagal cuba tangguh rayuan akhir perbicaraan SRC International. Bekas Panglima TLDM hadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah skandal LCS. PM arah penjawat awam pertahan kerajaan bukan parti politik. #AWANInews

Isu kewarganegaraan: Wan Junaidi dijangka jumpa NGO, 6 wanita Malaysia Khamis ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam wanita Malaysia mengenai isu kewarganegaraan anak-anak mereka.

Banjir: Penduduk Taman Sri Muda saman pihak berkuasa
Mereka juga menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teruk atas bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.

Taubat, doa ibu bapa dan sedekah, asbab untuk bangkit semula - Mangsa banjir
Benarlah kata orang, hidup umpama roda, kadangkala di atas dan dalam sekelip mata, boleh terus berada di bawah sambil hati berdoa, berharap agar mampu naik semula.

Paras air sungai di Sri Muda meningkat
JBPM Selangor memaklumkan kunci Air Taman Sri Muda berada dalam keadaan terkawal.

Ban berhampiran pintu kunci air Taman Sri Muda pecah, bomba siap sedia
Air dikhuatiri melimpah sehingga ke kawasan perumahan berhampiran.

Penduduk Taman Sri Muda mohon saliran air punca banjir ditutup
Beberapa aduan pernah dibuat kepada pihak berkuasa sejak tahun 2020.

Taman Sri Muda dinaiki air, lima insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur
Hujan lebat sekitar Kuala Lumpur pada petang Isnin menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang berlaku di ibu kota.

Banjir: Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa
Mangsa banjir di Taman Sri Muda menyifatkan proses permohonan dan pengagihan bantuan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) mudah dan lancar.

Gempar kereta terbakar di Taman Sri Muda
Suasana berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini gempar apabila sebuah kereta terbakar.

Pascabanjir: Semua orang nak kami utamakan keluarga mereka dahulu - Pengarah Bomba Selangor
Norazam turut mendedahkan, ada juga yang melakukan provokasi terhadap bomba, mendesak untuk utamakan ahli keluarga mereka terlebih dahulu

RM6 juta dibelanjakan urus sampah pascabanjir - MB Selangor
Sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengurus sampah pascabanjir setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.