awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/12/2021
09:20 MYT
Banjir: Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit
Zaini Mohd Noor (kiri) dan Hazman Yusof antara peniaga yang terjejas teruk akibat banjir di Hulu Langat. - Gambar Astro AWANI
HULU LANGAT : Kejadian banjir yang melanda Hulu Langat mengakibatkan ramai peniaga terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit berikutan barang perniagaan dan peralatan premis mereka rosak sehingga 90 peratus daripadanya terpaksa dibuang.
Lebih menyedihkan, ada segelintir mereka yang mengakui sudah menyerah kalah dan buntu melihat keadaan premis yang seolah-olah dipukul tsunami.
Pemilik kedai runcit di Taman Sri Nanding, Zaini Mohd Noor, 54, memberitahu, kejadian banjir itu di luar jangkaan memandangkan kawasan itu pernah dinaiki air tetapi tidak seteruk itu.
"Saya sedih dan tak sanggup lihat semua barang yang ada di dalam kedai ini terpaksa dibuang. Hanya minuman tin dan botol sahaja yang dapat saya selamatkan," katanya yang menanggung kerugian lebih RM150,000.
Zaini memberitahu, kedainya yang beroperasi sejak 15 tahun lalu ditenggelami air banjir setinggi hampir paras bumbung.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Jumlah mangsa banjir di dua negeri turun, tiga negeri kekal
Turut mengalami nasib sama, pemilik kedai pembekal dan pemborong kerepek, Hazman Yusof, 30, yang terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM55,000 apabila sebahagian besar barang perniagaannya rosak dan terpaksa dibuang.
Dia yang baru memulakan perniagaannya itu hampir dua tahun mengakui hampir putus asa melihat keadaan kedainya itu.
"Saya tiada pilihan lain, terpaksa bangun semula. Cuma saya berharap agar kerajaan dapat memberi sedikit bantuan kepada kami (peniaga) untuk memulakan semula perniagaan kami," ujarnya.
Topic Berkaitan
#peniaga
#mangsa banjir
#Hulu Langat
#mohon bantuan
#banjir
#bencana banjir
#Zaini Mohd Noor
#Taman Sri Nanding
#Hazman Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan