BATU PAHAT: Bencana banjir yang melanda Batu Pahat ketika ini bukan sahaja 'merencatkan' aktiviti penduduk, tetapi turut menjejaskan pendapatan peniaga terutamanya peniaga bahan basah.
Peniaga sayur Shahrizal Jaisnin, 34, berkata kejadian banjir yang melanda di kawasan perniagaanya di Parit Yaani, menyebabkan dia terpaksa menggunakan laluan alternatif di jalan Tongkang Pechah di sini kerana banyak laluan utama ke Batu Pahat dinaiki air.
"Air mula naik sejak Jumaat dan saya perlu menjalankan perniagaan setiap hari, kerana semua orang mahukan bahan basah seperti sayur dan ikan.
"Bekalan bahan basah memang ada, tetapi harganya lebih mahal daripada biasa, mungkin disebabkan banjir ini, ada yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
"Contohnya, sayur yang saya beli kira-kira RM3 hingga RM4 satu kilogram sebelum banjir, tetapi sekarang ini mencecah sehingga RM7 sekilogram," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pasar Awam Pekan Parit Yaani di sini, baru-baru ini.
Shahrizal berkata dia tidak boleh menjual dengan harga lebih tinggi, kerana turut bersimpati dengan penduduk setempat yang menjadi mangsa banjir seperti dirinya.
Beliau berkata pada ketika ini, dia membelanjakan kira-kira RM4,000 untuk membeli ikan dan sayur di Batu Pahat setiap hari, walaupun keadaan banjir namun tidak pernah mendapatkan pulangan modal.
"Ini susulan ramai pelanggannya daripada Parit Yaani dan Yong Peng terputus hubungan untuk ke kedainya, kerana beberapa laluan terutamanya jalan utama Yong Peng-Muar masih dinaiki air dari Sungai Terusan.
"Ikan dan sayur yang dibeli setiap hari tidak boleh disimpan terlalu lama dan kami mengambil keputusan untuk agihkan di pusat pemindahan sementara bagi kegunaan mangsa banjir," katanya.
Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Hairul ketika ditemui di PPS Dewan Orang Ramai Parit Yaani, 38, pula berkata kenaikan harga bahan basah ketika bencana banjir berlaku beberapa kali, namun kali ini harga naik sekali ganda.
"Kita faham harga naik sebabkan jarak perjalanan jauh, tetapi kita harap kerajaan dapat melakukan sesuatu mengenai perkara ini, supaya peniaga kecil seperti kami tidak menanggung kerugian berterusan terutama pada keadaan banjir," katanya.
Terdahulu tinjauan Bernama mendapati hanya sebuah kedai bahan basah yang dibuka di Pasar Awam Pekan Parit Yaani, Batu Pahat manakala kira-kira 10 kedai lain ditutup, kerana ada sebahagian peniaga terjejas akibat rumah mereka dinaiki air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Bekalan bahan basah segar untuk keperluan harian penduduk setempat mencukupi ketika tinjauan di Pasar Awam Parit Yaani. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.