awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Peniaga tidak tutup kedai mudahkan orang kampung dapatkan keperluan harian

Bernama
Bernama
30/11/2024
01:30 MYT
Banjir: Peniaga tidak tutup kedai mudahkan orang kampung dapatkan keperluan harian
Peniaga buah-buahan memindahkan barangan jualan dari gerai mereka di Kampung Alor Pear, Alor Setar. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Demi kelangsungan orang kampung, seorang peniaga kedai runcit dan barang basah di Kampung Sri Kulim, Melor di sini tidak pernah menutup perniagaannya biarpun premisnya dinaiki air.
Maznah Salleh, 56, yang memulakan perniagaannya sejak 2017, berkata permintaan terhadap barang basah amat tinggi dalam kalangan penduduk kampung kerana mereka tidak dapat ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan ketika musim banjir.
"Permintaan bahan basah amat tinggi dan orang kampung sanggup meredah banjir untuk membeli keperluan untuk memasak di rumah walaupun terjejas banjir.
"Kawasan Kampung Sri Kulim, Melor ini amat rendah dan mudah dinaiki air terutamanya selepas Sungai Melor melimpah dan terdapat paya di kawasan belakang," katanya kepada Bernama.
Menurut Maznah yang pernah mengalami kerugian RM5,000 ketika banjir 2017, dia telah membuat persiapan awal termasuk meletakkan barangan jualan di kedainya di tempat lebih tinggi.
"Penduduk kampung berdekatan juga turut bergantung kepada kedai ini untuk dapatkan bekalan barang basah dan runcit waktu banjir ini," katanya yang berharap barangan di kedainya mampu menampung keperluan sepanjang bencana banjir itu.
Sementara itu, Hanisah Hamat, 59 seorang penduduk di kampung berkenaan berkata ada dalam kalangan mereka mengambil inisiatif menjual ubi kayu sebagai pendapatan tambahan ketika banjir.
"Usaha berkenaan mendapat sambutan menggalakkan kerana ubi kayu ini terdapat dua jenis iaitu kuning dan putih yang dijual dengan harga RM3 sekilogram," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#tutup kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan