awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini

Bernama
Bernama
02/11/2023
02:20 MYT
Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini
Seorang penduduk menaiki sampan di hadapan rumahnya di Batu 9, Jalan Changkat Jong. - Foto BERNAMA
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 386 orang daripada 111 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 373 orang daripada 107 keluarga, malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.
Menurut sekretariat itu di Kerian, 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu.
"Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 185 penduduk manakala 44 orang berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong menurun, namun masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.97 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.
Selain itu, laluan F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#JBPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan