awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Peranan ketua masyarakat sediakan data penduduk penting

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
09/01/2021
23:02 MYT
Banjir: Peranan ketua masyarakat sediakan data penduduk penting
Pihak bomba menetapkan 10 minit untuk tindakan selepas menerima panggilan kecemasan. - Foto fail
RANTAU PANJANG:Peranan ketua dan wakil masyarakat di satu-satu tempat dalam menyediakan data penduduk serta komunikasi jelas diperlukan oleh pasukan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Muhammad Hamdan Wahid ini bagi mengelakkan berlaku keciciran dan kelewatan penghantaran bantuan seperti yang dirungutkan oleh mangsa banjir.
“Peranan ketua masyarat dalam menyediakan data penduduk adalah penting terutamanya di kawasan pedalaman. Kita tidak mahu perkara yang berlaku pada 2014 berulang,” katanya.
Bersandarkan tragedi bah besar 2014, pelbagai SOP baharu dirangka termasuk mengadakan perbincangan dengan wakil masyarakat, namun ianya masih berulang pada waktu banjir kali ini terutama di Pahang.
Pihak bomba juga menetapkan 10 minit untuk tindakan selepas menerima panggilan kecemasan, namun atas faktor tertentu terutama melibatkan soal keselamatan, berlaku juga kelewatan.
Beliau memohon masyarakat memahami dan mengakui pasukan penyelamat bukannya sempurna namun tetap berusaha melakukan yang termampu.
Katanya amat penting kordinasi, komunikasi dan pengurusan dalam mencapai matlamat kerana setiap anggota pasukan bantuan meletakkan kepentingan nyawa orang awam melebihi nyawa mereka sendiri.
Topic Berkaitan
#banjir
#bomba
#data penduduk
#pengurusan bencana
#Muhammad Hamdan Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan