awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir P.Pinang: Calon SPM redah banjir untuk duduki peperiksaan

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2017
03:16 MYT
Banjir P.Pinang: Calon SPM redah banjir untuk duduki peperiksaan
Seramai 150 calon SPM SMK Datuk Haji Ahmad Said terpaksa menaiki kereta pacuan empat roda untuk pergi ke pusat peperiksaan. - Gambar Astro AWANI.
Seramai 150 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Said dekat Sungai Dua, terpaksa mengharungi banjir selepas laluan ke pusat peperiksaan di sekolah berkenaan ditenggelami air hingga ke paras pinggang.
Kebanyakan calon mula berkumpul kira-kira 200 meter di luar pekarangan sekolah bagi menunggu giliran menaiki kenderaan yang disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seawal jam 6.30 pagi tadi.
Selain kenderaan disediakan PDRM mereka juga dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda dan lori persendirian serta trak Angkatan Tentera Malaysia ( ATM).
Seorang calon sekolah itu, Nor Atikah Daud, 17, berkata situasi banjir itu sedikit sebanyak mengganggu emosinya apabila berasa takut tidak dapat fokus untuk menjawab peperiksaan dengan baik.
Nur Atikah Daud
Nur Atikah Daud
"Ini pengalaman yang sukar dilupakan dan situasi banjir ini mengganggu emosi saya kerana takut tidak dapat menjawab soalan dengan baik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi calon SPM sekolah itu, Muhammad Firdaus Zulkifli, 17, berkata dia bimbang memikirkan keadaan banjir yang semakin buruk hingga menyukarkan perjalanannya ke sekolah.
Bagaimanapun, dia berdoa supaya keadaan bertambah baik dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan lancar.
"Sudah pasti perasaan tidak selesa itu ada selain risau banjir yang semakin buruk," katanya.
Calon SPM SMK Datuk Haji Ahmad Said menaiki kereta pacuan empat roda untuk ke pusat peperiksaan selepas pekarangan sekolah mereka dinaiki air akibat banjir.
Calon SPM SMK Datuk Haji Ahmad Said menaiki kereta pacuan empat roda untuk ke pusat peperiksaan selepas pekarangan sekolah mereka dinaiki air akibat banjir.
Sementara itu, ibu kepada Nuratikah, Asmah Abdullah yang hadir pagi ini berharap dapat memberi semangat kepada anaknya menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.
Selain itu, salah seorang guru sekolah itu Nina Hirnani Mohamad berkata, situasi banjir terburuk itu pernah dialami sekitar 2003 dan berulang kembali selepas 14 tahun dengan dua kali lebih buruk.
Katanya, beliau melahirkan rasa kasihan kepada para pelajar yang terpaksa mengharungi cabaran itu dan yakin mereka kuat untuk menghadapinya.
"Pihak sekolah juga berterima kasih kepada semua pihak luar yang bertungkus lumus bagi memastikan peperiksaan berjalan seperti dijadualkan," katanya.
Topic Berkaitan
#ATM
#banjir
#bantu
#Butterworth
#calon SPM
#logistik
#PDRM
#SMK Datuk Haji Ahmad Said
#SPM
#Sungai Dua
#terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan