awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: PPS Kota Tinggi ditutup, 34 jumlah mangsa di Segamat

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
03/11/2022
05:20 MYT
Banjir: PPS Kota Tinggi ditutup, 34 jumlah mangsa di Segamat
PPS di Dewan Al-Baraqah di Kota Tinggi telah ditutup pada 10 pagi pada Khamis. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi yang dibuka malam tadi, telah ditutup jam 10 pagi pada Khamis.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu, ia menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor adalah 34 mangsa daripada 10 keluarga di daerah Segamat yang ditempatkan di dua PPS.
Katanya, jumlah tersebut menurun berbanding 93 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS pada jam 8 pagi sebelum itu.
"Pengurangan itu susulan PPS di Dewan Al-Barakah di daerah Kota Tinggi yang menempatkan 71 mangsa banjir melibatkan 18 keluarga dari Kampung Sri Jaya dan Kampung Sri Delima ditutup pada jam 10 pagi tadi.
"Sehingga kini mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS adalah di daerah Segamat melibatkan 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.
"Mereka ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala empat mangsa banjir daripada satu keluarga dari Kampung Kuala Paya ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Kuala Paya," maklum kenyataan berkenaan.
JPBD memaklumkan, banjir kilat di segamat berlaku disebabkan limpahan air sungai Muar pada Rabu hingga mengakibatkan beberapa buah rumah dinaiki air.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Kota Tinggi
#Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan