awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/09/2022
08:50 MYT
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Premis-premis awam dan sekolah-sekolah berasrama yang mempunyai fasiliti lengkap dan selesa akan digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkuat kuasa pada 1 Oktober ini, kata Mohd Zuki Ali.- Gambar fail JBPM
KUALA LUMPUR: Premis-premis awam dan sekolah-sekolah berasrama yang mempunyai fasiliti lengkap dan selesa akan digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkuat kuasa 1 Oktober ini.
Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dan mendapat persetujuan Kementerian Pendidikan (KPM) serta agensi berkaitan.
Jelas Mohd Zuki, langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut selain memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.
Dalam usaha memastikan kelancaran operasi di lapangan, beliau berkata, Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20) telah menetapkan bahawa Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mempunyai kuasa untuk mengenal pasti dan mengisytiharkan mana-mana premis awam dan sekolah terutamanya sekolah berasrama untuk dijadikan sebagai PPS.
"Pelbagai agensi kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat sentiasa bekerjasama erat untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang bencana.
"Ini bagi memastikan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat penempatan yang selesa, perlindungan yang selamat serta kebajikan yang terjamin sepanjang berada di PPS," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Topic Berkaitan
#banjir 2022
#monsun timur laut
#Sekolah berasrama PPS
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan